Tuesday, 16 February 2010
Ketika Sakura Berguguran
Baru beberapa minggu dia meninggalkan gerbang asrama ada suara akrab yang menyapanya, "Raudah-san ohayo...." Tanaka-san melambai ke arahnya. Rancangan untuk jalan-jalan hilang seketika. Nenek tua ini memang sahabat baiknya. Tanaka-san tinggal berdua dengan anak perempuannya. Rumahnya hanya selang beberapa rumah dari asrama Raudah.
Jepun yang berkembang pesat membuatkan hampir semua penduduknya tenggelam dalam kesibukan. Termasuk Etsuko, puteri Tanaka-san yang bekerja seharian. Nenek ini kesepian di masa tuanya, Raudah selalu teringatkan neneknya di Malaysia menyebabkan dia bersahabat baik dengan Tanaka-san. Akhirnya pagi itu mereka menikmati cuaca pagi berdua. Taman besar di sudut jalan itu memang tempat yang menyenangkan bagi mereka.
Memandang hijaunya tanaman memberi kesejukan tersendiri buat Raudah. Apalagi sambil mendengarkan cerita-cerita nenek ini. Meskipun ada beberapa cerita yang sudah dihafalnya, tak apalah fikirnya. Nenek di Malaysia juga senang sekali mengulang cerita perjuangannya. Tanaka-san juga tak pernah bosan mengulang kenangannya ketika masih bersama-sama suaminya. Sepuluh tahun dipisahkan oleh ajal ternyata tidak membuatkan dia lupa akan memorinya. Semua kenangan itu masih hidup di benaknya. Raudah sering takjub dibuatnya. Bagaimanapun ada juga beberapa ceritanya yang membuat Raudah dapat belajar banyak didalamnya. Tentang keunikan budaya dan sosialisasi mayarakat Jepun, misalnya atau tentang tips-tips mengharungi ranjau kehidupan.
Pohon sakura berjajar di tepi taman. Sayang bunganya masih belum berkembang, namun kuncupnya sudah mula nampak. Biasanya pada ketika sakura sedang bermekaran Raudah akan lebih suka bermain ke taman, tentu saja di manfatkannya waktu senggangnya. Dia suka memandang bunga bersemu merah jambu itu. "Allahu akbar, Allah maha besar....", gumamnya setiap kali memandang bunga yang cantik itu. Di taman itu juga awalnya Raudah mengenal Tanaka-san. Nenek tua yang sering menghabiskan waktunya di sana sambil memberi makan merpati-merpati liar di taman. Melihat burung-burung itu berebut-rebut makan roti membuatkan pandangan Raudah sungguh mengasyikkan sekali.
Raudah tidak mampu melupakan peristiwa ketika nenek ini terkejut sekali melihat penampilan berjilbabnya pertama kali. "Kenapa kau menutupi rambutmu yang indah itu?" tanyanya atau, "kenapa warna tudungmu berbeza dengan kemarin?" .Sulit bagi Raudah menceritakan bagaimana Kak Dini, senior kelas pelajar muslim satu-satunya di kampus mereka telah banyak membimbingnya menggapai hidayah itu. Unik sekali, di negara yang majoriti penduduknya non-muslim ini membuatkan Raudah menemukan cahaya itu. Sinarnya begitu indah. Entah mengapa dulu tidak diabaikannya hidayah itu.
Mama dan semua keluarganya di Malaysia juga sempat menentangnya ketika Raudah menceritakan keinginannya memakai tudung. Alhamdulillah, dengan berkat kesabarannya menjelaskan sedikit demi sedikit dalam surat-suratnya, dan usahanya melakukan sujud panjangnya ditengah malam. Mama luluh juga hatinya. "Terima kasih Ma.." esaknya di telefon ketika akhirnya ia mengizinkan. Mama memang menaruh harapan besar terhadap Raudah, puteri sulungnya. Apalagi ketika Raudah menang dalam pertandingan penulisan hadiah belajar bahasa Jepun yang telah diadakan di kampusnya sempena bulan Mencintai Bahasa Jepun. Kuliah semester dua di Fakulti Kedoktoran akhirnya ditinggalkan buat sementara waktu.
Raudah memutuskan untuk tidak pulang ke tanah air ketika kursusnya berakhir. Beberapa bulan dia sempat bekerja mengumpulkan dana untuk meneruskan kuliahnya di Jepun. Dia bekerja di sebuah restoran untuk menampung kos keperluan hidupnya. Hanya itu peluang yang ada. Musim dingin merupakan musim yang paling sukar dia hadapi, apalagi sambil berdiri sepanjang waktu melayani pembeli. Namun Raudah masih beruntung, tidak lama setelah itu permohonan biasiswanya diluluskan. Sekarang dia di semester 4 kedoktoran di sebuah universiti terkemuka di Jepun, dan setahun yang lalu dia memutuskan untuk menutup auratnya. Hidayah itu menembus seluruh relung-relung dalam hatinya.
Sejak itu juga, nenek ini bertanya banyak perkara tentang Islam kepadanya . Dia tidak mampu menyembunyikan kesusahannya ketika dia berada dalam bulan Ramadhan. Tepat di akhir Ramadhan nenek ini menelefonnya "Raudah-san apakah kamu susah dan memerlukan pertolongan?.." Raudah selalu tersenyum setiap kali dia ingat kejadian itu.
Ufs...Raudah cepat menarikkan selimutnya. Matahari sudah tinggi benar. Cahayanya masuk di celah-celah jendela menghangati setiap sudut yang ada. Membaca bahan-bahan kuliah semalam membuat dia terlalu letih. Apa boleh buat Raudah berhempas pulas lagi selepas solat subuh tadi. Pada hari minggu membuatkan matanya segera terbuka. Raudah teringat janjinya kepada nenek untuk menemaninya ke taman. Sakura sedang bermekaran bahkan sudah sejak beberapa waktu yang lalu. Sayangnya sudah beberapa hari ini Raudah sibuk di kampusnya. "walaupun agak terlambat, hari ini dia berjanji, dan dia perlu tunaikan" ujarnya perlahan serentak membuka jendela kamar luas-luas. Dari jendela kamarnya di lantai 4, dia dapat melihat atap dan sebahagian kecil rumah nenek.
Tidak lama kemudian Raudah keluar. Rumah nenek yang biasanya sunyi dan lengang kelihatan agak ramai dengan orang berlalu lalang. Ada desir dalam dadanya. Cemas yang melintas di benaknya terjawab seusai dia mendengar suara ambulans dan deringan telefon Etsuko mengkhabarkan, nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa saat yang lalu. "Nenek....." Raudah tersedu disudut kamar. Ada sesal yang dalam, ada sesuatu yang hilang.
Musim semi masih mensisakan dinginnya. Pagi masih belum beranjak benar. Tudungnya melambai-lambai perlahan. Langkahnya longlai dan perlahan.. Hatinya perih dan tidak tertahan. Suara nenek terngiang di telinganya "Mengapa wajahmu teduh sekali sejak tudung itu engkau kenakan. Saya ingin menjadi Islam. Saya ingin sekali merasakan ketenteraman yang sering engkau ceritakan...".
Tiba di tepi taman, Raudah merasakan kekosongan hatinya yang tidak terkira. Semua kenangan bersama nenek terus muncul. Sesal dan sedih bertumpuk dalam hatinya. Dia tidak lagi mampu mencerna apa yang dia rasakan. Semua berkecamuk menjadi satu. Apalagi ketika Etsuko mengkhabarkan semalam tentang upacara pembakaran nenek yang telah selesai dilaksanakan.
Sakura sudah mulai berguguran. Satu demi satu kelopaknya berjatuhan ke permukaan bumi. Tanah yang basah kerana hujan semalam membuat bunga-bunga itu tidak lagi bersinar. Semuram Raudah yang menunduk dalam sambil meninggalkan taman. "Maafkan saya Nek....." bisiknya perlahan seraya mengusap sudut matanya yang basah.
Thursday, 31 December 2009
SESUCI KASIH WARDAH
**********************************
“ini Ainul Wardah, adik kandung along, sejak itulah, budak kecil yang digelar adik oleh along itu menyelit dalam keluarga mereka.
Ibu tidak terkata apa-apa. Namun, riak pada wajah ibu jelas kelihatan. Siapalah yang sanggup memandang semua ini dengan senyuman. Ainul Wardah adalah anak madu ibu. Ya madu ibu! Suatu kenyataan yang harus ibu terima. Sepanjang 13 tahun melayar bahtera kasih bersama abah, tiba-tiba abah membuka suatu rahsia yang amat memilukan… Oh abah, mengapa engkau lakukan semua ini…? Khabarnya yang dia dengar melalui daun pintu rumah pusaka arwah atuk, emak Ainul Wardah telah meninggal dunia akibat barah. Abah telah mengahwini perempuan itu 10 tahun yang lepas…
Siapakah yang sanggup didustai sebegini rupa…ternyata ibu memerlukan ketabahan untuk mengumpulkan kekuatan menerima semua ini. Lantaran perempuan yang pada kiraanku selayaknya aku gelarkan perampas, hanya sebatang kara, abah tiada jalan lain..Ainul Wardah dibawa ke syurga kediamanku ini.
Tegakah ibu menyayangi anak madunya ini? Oh, ibu…anakmu memahami perasaanmu itu.. Namun, ibu selayaknya seorang yang ku kenali seorang yang tenang zahir dan batin, tidak mudah melatah..memanglah ibu terluka namun..mengenangkan nasib anak kecil itu…Ibu tersentuh..Oh Ibu…selayaknya syurga buatmu..
Tapi aku..lain pulak ceritanya.. terus-terusan melancarkan mogok..budak itu bukan adikku…aku tidak suka budak itu..mengapakah kau perlu wujud dalam kebahagiaan kami? Mengapa???
************************************
Lagi 3 bulan along akan berangkat ke Ardul Kinanah, menyambung pengajian tahfiznya di universiti Al-Azhar cawangan Shoubra, Cairo dan dia…keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang diperoleh melayakkan dia untuk menjejakkan kaki ke menara gading seiring dengan langkah along. Namun ada sesuatu yang berbekas di hatinya, mengunjak nuraninya…Dia tekad.
“Kenapa kau tak nak sambung belajar..sia-sia je..eh, penat tau ibu dan abah sekolahkan kau..,” along menyinga ketika dia menyuarakan untuk tidak menyambung belajar.
“Wardah..Wardah…nak temankan ibu,” hanya itu sahajalah alasan yang dirasakan kukuh. Walaupun…ah, biarlah..dia tidak kisah..
“Wardah, rugi tau…STAM Wardah dapat jayyid..” ibu pula mengambil giliran along…ibu tidak sekeras along.
“ker kau nak tunggu Umar Hazwan tu masuk pinang kau..kau dah tak sabar nak kawin yer..,” berdesing telinga along tatkala heboh satu maahad mengatakan Ainul Wardah dan Umar Hazwan ditangkap kerana berdua-duaan.
“Along..benda tu dah lepas..bukan Wardah yang bersalah…,” esak dia sudah mula kedengaran…kisah penangkapan dia dengan Umar Hazwan lalu sudah dimaklumi bakal menjadi alasan kukuh untuk along menghentam dia. Semua hujah dia along nafikan, kata along dia yang bersalah..Kesian abah..kesian ibu..maafkan Ainul Wardah…
“habis tue…???’”
“Sudah la..kamu semua ni adik beradik tak sudah-sudah nak bergaduh..along..biarlah kalau Wardah tak nak sambung along jangan nak memaksa dia..dia dah besar dia tahu untuk buat keputusan dia sendiri..,” akhirnya abah bersuara..Dia tahu abah kecewa..kecewa atas apa yang terjadi. Selepas kejadian yang memalukan itu, abah seolah-olah dipulaukan oleh orang kampung..kesian abah.
***********************************
“akh, ana mintak maaf kepada akh. Kalaulah ana..,” dia tahu yg Umar Hazwan terlalu kecewa dengan apa yg terjadi. Sungguh memalukan dan khabar yang dia terima, Umar Hazwan yang telah pun bertunang dengan gadis Akademi Pengajian Islam cabang Usulluddin itu telah diputuskan pertunangannya. Sungguh dia berasa bersalah. Malah, persahabatan antara Umar Hazwan dengan along juga ditiup bayu ketegangan.. Ya Allah, berat benar dugaan ini. Tak sanggup dia melihat musibah ini namun hakikatnya dia perlu menerimanya. Umar Hazwan hanya mematikan talian. Ya Allah…dia terkesima sendirian.
“ Hai orang-orang yang beriman, mintaklah pertolongan daripada (kepada Allah )dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Al- Baqarah ayat 153.
************************************
Jauh benar dia termenung, ya Allah…mengungkap sejarah silamnya bersama kehidupan duniawi ini. Matanya terarah kepada sepotong kata-kata hikmah lakaran patah-patah Hukama’ yang berbunyi “ janganlah anda menyesali sesuatu kesalahan yang terlanjur anda lakukan, tetapi hendaklah anda berfikir tentang sebab berlakunya kesalahan itu, kemudian berusaha untuk memperbaikinya.”
Puas sudah dia berfikir, berpandukan istikharah yg dipohonkan kepada Ilahi, dia yakin inilah jalan yang terbaik. Lagipun Iman Humairah adalah anak buahnya juga. Dia perlu menyelamatkan Iman Humairah, permata keluarganya.
“ Boleh jadi kesusahan yang anda deritai itu, akan menjadi kenang-kenangan yang tiada ternilai di kemudian hari.”
********************************
“ Iman Humairah adalah anak kami, kami tahu macamana kami nak…,”
“ Tapi Along, biarlah Wardah yang berkorban sebahagian daripada hati adik…laporan daripada pakar telah mengesahkan hati Wardah sesuai untuk Iman Humairah,” belum sempat along menghabiskan ayat-ayatnya, aku menungkas sedaya mungkin.
“ Iman Humairah tanggungjawab kami…,”
“ Dia juga amanah kepada Wardah, mak usunya,” ku tahu along akan berusaha untuk menolak pertolonganku ini. Salahkah ku untuk berbakti kepada darah dagingku sendiri? Sejak buah hatiku itu disahkan doktor hanya mampu hidup lebih kurang 3 bulan sahaja lagi akibat bengkak hati peringkat kritikal, ku tahu along berperang dengan perasaannya. Memikirkan nasib puteri kesayangannya itu. Jua dengan kos rawatan yang sudah ku dimaklumi menelan belanja yang besar.
“Bagaimana dengan Umar Hazwan?”
“Wardah akan jelaskan padanya,” Alhamdulillah along sudah boleh berlembut dengan permintaanku ini. Namun riak pada wajah along masih menunjukkan dia tidak puas hati.
“Wardah tidak minta along balas semua pengorbanan Wardah ini, yang penting adalah kita Iman Humairah kembali sihat macam orang lain,” puas sudah aku pasakkan hujah aku pada along. Along hanya mengangguk lemah. Aku tersenyum, ibu Wardah menang.
****************************
Sejak along pulang daripada melanjutkan pengajian ke Mesir ku tahu dia sudah boleh bertolak ansur denganku. Bukan macam 10 tahun yang lepas, aku hanya menjadi tempat sumpah seranahnya. Aku redha kerana ku tahu di mana kedudukanku dalam keluarga itu. Hanya menumpang secebis kasih. Ibu, wanita itulah yang telah banyak meyemaikan benih kesabaran di hatiku ini… terima kasih ibu, walaupun kau bukanlah yang melahirkanku namun yakinilah bahawa aku lebih berbangga dengan panggilan ibu itu seolah akulah anakmu dunia dan akhirat juga.
Umar Hazwan, berbicara mengenai adam itu aku sedikit terkilan. Sepanjang tempoh pertunanganku dengannya dia seolah-olah menjauhkan dirinya daripada diriku ini. Hina sangatkah diriku ini? Aku bukanlah perampas kebahagiaanmu. Umar Hazwan Peristiwa yang memalukan itu telah mengheret aku dan Umar Hazwan dalam kancah masalah ini.
Keluarga aku dan keluarganya telah sepakat bahawa kami perlu disatukan. Aku tidak diberikan peluang untuk memikirkan semua ini. Tetapi, apabila aku memandang wajah solehah itu, oh ibu dengan tega aku menyatakan persetujuan. Kata putus ku ini adalah demi kegembiraan ibu dan abah. Aku redha. Dengan itu, selamatlah cincin bertatahkan delima merah menjadi penghias jari manisku ini.
Umar Hazwan, maafkan aku. Bukan bermaksud untuk menambah luka yang terguris. Aku dipaksa dan kau terpaksa. Aku tahu bekas tunanganmu itu masih melakar mimpi indah dalam kanvas kenanganmu itu. Aku sedar semua ini. Namun, berikanlah sedikit ruang waktu untukku menjamah kasih ini.
**********************************
Hari pernikahan antara aku dengan Umar Hazwan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Iman Humairah telah berjaya diselamatkan. Sejuta kesyukuran ku rafakkan pada Ilahi atas kurniaan ini. Ingin ku tatap wajah penyejuk hati itu walaupun kutahu ada rahsia yang telah ditentukan aku pasti akan berpisah dengannya jua. Ya Allah, berikan daku kesempatan memberikan kebahagiaan pada semua insan yang telah menggembirakan sepanjang hidupku ini.
“ besar sungguh kurniaan Ilahi, siapakah yang telah menyumbangkan sebahagian besar daripada kos pembedahan Iman Humairah… moga Allah membalas budinya di akhirat sana,” terdengar along bersuara semasa aku masih di atas katil putih itu. Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman yang mengungkap seribu pengertian, hanya Dia yang mampu memahami. Ucapan terima kasih daripada along hanya kusambut dengan anggukan lemah, namun apa yang paling berharga bagi aku adalah melihat senyuman kembali berbunga pada wajah along. Seingat aku inilah senyuman kedua yang dihadiahkan buat aku, pertama ketika hari perkahwinannya dan inilah yang kedua. Akan adakah peluang ketiga untuk aku meraih senyuman itu lagi?!
Umar Hazwan masih dengan sikapnya, sebulan aku terlantar di rumah hanya sekali dia menziarahiku. Alhamdulillah, rela ataupun terpaksa, hanya Dia yang tahu. Ketika inilah aku berpeluang untuk berbicara dengannya secara terbuka mengenai perancangan dan persiapan perkahwinan kami.
Agak dingin namun setiap pertanyaan aku dia menjawab dengan jawapan yang memuaskan hatiku walaupun aku sedikit terasa namun aku gembira…sabarlah ya akhi tidak lama lagi kegembiraan pasti akan menjadi milikmu jua.
Dalam diam kutitipkan warkah bertinta ungu untuk seseorang, menjelaskan hakikat pernikahan ini. Alhamdulillah, warkah itu mendapat balasan seperti yang kuharapkan. Syukur ya Allah. Moga di kesempatan ini aku mampu memberikan kegembiraan buat insan yang kusayangi ini. Ku pohon ruang itu ya Allah.
“DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.”
**********************************
Hari ini akan tersenyum. Tanggal 12 September hari yang kunantikan. Jubah pengantin berona ungu lembut tergantung menanti untuk disarungkan oleh permaisuri hari ini. Aku tersenyum lagi. Derita itu bakal berakhir hari ini. Ini janjiNya, dan janjiku.
Keluarga aku dan keluarga Umar Hazwan tidak menolak apabila aku menyatakan keinginan aku untuk melangsung pernikahan di masjid. Memang sedikit pelik lantaran abah seorang imam, namun ibu yang paling memahami memujuk abah supaya bersetuju.
Ada seseorang sedang menanti di sana. Ibu tersenyum padaku namun kutahu hati ibu bergetar. Wardah tahu ibu, berikan restu ibu, insyaAllah Wardah akan kuat. Setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya.
“Umar Hazwan Abdul Rahman ku nikahkan dikau dengan Siti Sakinah binti Ibrahim dengan mas kahwinnya RM 180 tunai,”
“ Aku terima…,”
Aku tersenyum. Kutadahkan kesyukuran atas nikmatNya ini. Seketika sebelum pernikahan berlangsung aku bersemuka dengan Umar Hazwan.
“ Akh, hari ini ana akan menyerahkan kebahagiaan itu kembali kepada akh,” dia sedikit terkejut. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia terpinga-pinga dengan kata-kataku itu.
“Ana serahkan ‘dia’. Jagalah amanah kasihmu ini sebaik mungkin,”
Siti Sakinah kini telah sah menjadi permaisuri hati Umar Hazwan. Ibu, abah dan along tersenyum. Inilah perancanganku yang telah kurancangkan. Alhamdulillah, kutahu Umar Hazwan masih menyayangi Siti Sakinah, inilah ketenangan yang diimpikan oleh Umar Hazwan. Dan aku melaksanakan impiannya demi cinta suciku ini. Moga kebahagiaan ini akan berkekalan.
***********************************
Umar Hazwan merenung senja yang akan berlabuh tidak lama lagi. Beropolan awan merah mula bertukar kehitaman lantaran malam bakal mengambil alih tugas siang. Malam ini usai jemaah di masjid dia akan ke rumah Haji Abdul razak, malam ini adalah malam terakhir tahlil.
Wajah manis arwah Ainul Wardah bermain di birai kenangan. Besar jasa gadis itu. Usai majlis pernikahannya dengan Siti Sakinah, dia mendapat khabar, Ainul Wardah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ibunya. Sungguh dia terkilan. Di saat kegembiraan menjengah tabir hidupnya, dia menerima berita ini.
Pulangnya gadis itu ke rahmatullah membongkar sejuta satu rahsia. Penyakit yang menjadi asbab penderitaan gadis itu selama ini tiada siapa yang tahu. Walaupun, doktor telah memberikan nasihat bahawa hayatnya tidak panjang, namun gadis itu sedaya mungkin cuba untuk memberikan ruang kegembiraan kepada semua insan yang di sayang. Termasuklah dirinya. Pembedahan Iman Humairah rupanya adalah daripada simpanan arwah. Dan hadiah terakhir daripada Ainul Wardah buatnya adalah Siti Sakinah. Akan kujaga amanah mu ini Ainul Wardah.
Teringat dia akan bingkisan gadis itu dalam kad ucapan tahniah pernikahannya..
Dari cintaNya kita berasal,
Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya…
Semoga tenang rohmu Ainul Wardah…al-fatihah
_________________
dr ujianNYA,kita bljr erti kasih sayangNYA
dr kasih sayangNYA,kita belajar erti cintaNYA,
dr cintaNYA,kita belajar segala-galaNYA..
dariNYA...untukNYA....dan keranaNYA
Tuesday, 15 December 2009
CINTA KITA CINTA PERJUANGAN...
"Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum...
Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak!!! Tak faham-faham ke?!"
Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.."
"Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan..."
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?"
Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku.
Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..."
Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
*********************************
"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!"
Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.
"Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?"
Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?"
Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.
"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu."
"Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz."
Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.
********************************************
"Kau kenal dia Abdullah?"
Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!"
Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta."
Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
"Jawab soalan aku dulu.."
Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.."
Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam..."
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.."
Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.."
Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu..."
"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan... rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hubungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"
"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?"
Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada
jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"
*****************************************
Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"
"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?"
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya..."
Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi anbiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti."
Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikian pun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..."
Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik' ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
********************************
Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi anbiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..."
dan dia akan terus menyambung,
"Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Cafe yang menjadi rumah 'kedua' ku. Ku buka laman web Utusan o¬nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,
"SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV"
Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message"
Namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
"Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah.. tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!"
Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!"Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!
KONKLUSI
Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tiada taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurga
Thursday, 26 November 2009
Antara Aku dan Dia
Tepat jam 10.00 pagi aku terbangun. Aku memegang kepalaku yang masih lagi berasa berdenyut. Ya Allah…Aku tidak menemuimu pagi ini dalam sujudku. Ya Allah, Kau ampunkan aku dengan kelalaianku ini.
“ Kau bukan lalai, kau tu sakit kepala. Jangan terlalu berasa bersalah. Dah bangun ni qadakan saja solat kamu tu. Jangan risau”, seolah-olah ada suatu suara yang membisikkan kata-kata itu di telingaku. Aku cuba bangun dan menuju ke bilik air.
Aku berdiri di hadapan cermin. Aku memandang wajahku yang nampak semakin pucat. Hari ini Kau masih menerima kehidupanku di dunia ini ya Allah, sesungguhnya Kau berkatilah setiap perjalanan hidupku. Setiap saat dan setiap detik masa berlalu. Awasi dan bimbinglah aku Ya Allah…
Hari ini Fatisya ke kuliah seperti biasa. Dengan hanya memakai baju kurung berwarna biru yang nampak agak lusuh dan tudung turki berwarna coklat, Fatisya melangkah menuruni anak tangga kolejnya menuju ke perhentian bas. Dipertengahan jalan,
“ Tisya…malam ni ada meeting JPKK ( Jawatankuasa Persatuan Kebajikan dan Kerohanian). Jangan lupa pula”. Beritahu Jamilah lalu berlari menaiki anak tangga. Fatisya hanya mengangguk dan terus berlalu pergi. Sambil menanti bas tiba, mulut Fatisya tidak putus-putus membaca zikir ma’thurat yang sudah lama menjadi amalan hariannya pada setiap pagi mahupun setiap petang hari. Kelihatan siswa dan siswi yang sudah panjang beratur untuk menaiki bas. Fatisya berjalan dan beratur di belakang seorang pelajar India yang sedang khusyuk berbual-bual dengan kawannya.
“ Maaf ye, nak tanya, dah lama ke tunggu bas?”tanya Fatisya.
“ Sudah lama kami tungggu, tapi bas masih belum datang lagi. Rasa jemu dah ni…”, balas budak India itu. Fatisya hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Ini bermakna Fatisya juga harus bersabar menanti bas tiba. Lima minit kemudian bas sekolah yang biasa mengambil kami ke fakulti tiba. Syukur…
“ Wah…Banyak untung kamu. Baru ada tunggu sekejap bas sudah datang”, kata budak India itu lagi. Aku tersenyum sekali lagi memandangnya.
Fatisya menuruni anak tangga bas perlahan-lahan lalu terus menuju ke bilik kuliah. KELAS DIBATALKAN!!! Masya Allah…Kelas dibatalkan? Teruk-teruk aku datang awal hari ni kelas pula batal. Menyesal aku.”, bisik hati kecilku lalu menghempaskan buku ke meja berdekatan bilik kuliah tersebut. Aku duduk seketika. Tiba-tiba hatiku berasa tidak sedap. Apa yang aku katakana tadi? Ya Allah…Tutur kata apakah yang aku keluarkan tadi. Ampunkan aku Ya Allah… Aku terleka seketika mengingatiMu ketika itu. Astaghfirullah…mengapa kata-kata itu perlu kukeluarkan. Sudah hilang kesabaranku hanya dengan sedikit ujian ini daripadaMu ya Allah. Fatisya menutup mukanya seketika.
“ Tisya…kenapa dengan kau ni? Tanya Julia.
Fatisya hanya menggelengkan kepalanya.
“ Apa kata kita lepak dalam bilik lajnah dulu, kelas tak ada nak tunggu apa lagi kat sini. Menyampah aku. Kita ni dah sungguh-sungguh nak datang kuliah, kuliah pula batal. Ini membuatkan aku semakin malas nak datang kuliah ni”, leter Julia sambil menepuk bahuku. Fatisya mengangguk tanda setuju. Dia mengikut Julia dari belakang.
Julia memandang Fatisya dari atas sampai ke bawah. Fatisya menjadi semakin pelik dengan pandangan Julia.
“ Tisya, aku tengok kau ni ada rupa, pandai pula tu, yang paling utama kau ni baik, Cuma satu je aku kurang puas hati dengan kau”, kata Julia semasa menaiki anak tangga menuju ke lajnah mereka.
“ Apa dia?”, tanya Fatisya ingin tahu.
“ Kau ni tak pandai bergaya. Cuba kau tukar imej kau tu sikit. Pasti ramai lelaki yang bakal terpikat dengan kau. Ini asyik pakai baju kurung lusuh je. Macam mana orang lelaki nak pandang”, balas Julia sambil memegang baju kurung Fatisya. Fatisya tersentak seketika dengan kata-kata Julia. Apakah selama ini dia memang perempuan yang tidak pandai bergaya. Perlukah semua itu? Fatisya menelan air liur. Kata-kata Julia itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam hatinya. Dia sedar dia bukanlah perempuan seperti Julia yang pandai bergaya. Bijak menggayakan pakaiannya setiap kali datang kelas.
“ Kau jangan marah pula aku cakap macam tu. Kita ni orang perempuan Tisya, Kenalah jaga imej. Barulah orang pandang kita membuatkan mereka kagum dan terpesona”.kata Julia lalu membuka pintu lajnah. Fatisya diam. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Kata-kata Julia itu ada juga kebenarannya. Mungkin selama ini Aku tidak pernah menitik beratkan penampilanku. Aku sibuk dengan tugas-tugas pengajian dan aktiviti-aktiviti pengisianku membuatkan aku tidak pernah memandang semua ini. Tidak? Itu bukan alasan. Bertitik tolak dari dalam diriku sendiri. Aku perlu mengubah persepsi itu. Tapi bagaimana?
“ Tisya…Aku rasa kalau kau nak aku ubah imej kau, dialu-alukan. Sebut saja bila, aku sedia membantu”, pelawa Julia. Fatisya berfikir sesuatu. Mungkin sudah sampai masanya aku berubah.
Fatisya membelek wajahnya di cermin. Wajah yang kelihatan pucat dengan baju kemeja hijau yang sudah lusuh warnanya. Fatisya memegang pipinya berkali-kali. Memang betul cakap Julia, aku bukannya tidak cantik, Cuma aku tidak pandai untuk mencantikkan diriku ini. Wajahku kelihatan lebih tua berbanding usiaku yang baru menjangkau 23 tahun. Aku terduduk seketika di hujung katilku. Ya Allah…Kenapa aku begitu risau dengan semua itu. Kecantikan bukan jalan untuk menuju syurgaMu ya Allah. Ya Allah jangan kau lupa memandangku walau sekelip mata Ya Allah, Aku takut aku jauh dariMu, jauh dari pandanganMu, jauh dari kasih sayangMu. Fatisya menangis. Hatinya berbolak balik.
Dia keliru.
Kadang kala dia merasakan kata-kata Julia kepadanya merupakan suatu semangat untuk dia mengubah penampilannya, kadang kala Fatisya merasakan semua itu akan membuatkan dia lupa pada dirinya yang sebenar, hidup sebagai hamba Allah dan beribadat kepadaNya untuk meraih syurga. Namun…Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk cantik, menjaga penampilan, Cuma jangan sampai melanggar syariat Allah SWT. Fatisya semakin keliru.
“ Apa yang harus aku lakukan. Perlukah aku mengikut kata-kata Julia, atau aku perlu mengikut kata hatiku. Ah…buntu”, bentak hati kecil Fatisya.
Tiba-tiba telefon Fatisya berbunyi.
“ Assalamualaikum…
“ Waalaikumussalam…Ya Jamilah. Kenapa?”, tanya Fatisya.
“ Nak beritahu kau, meeting tukar petang ni juga. Pukul 6.30 petang kat bilik kegiatan. Malam ni tak boleh buat, ramai pula yang akan terlibat dengan perjumpaan dengan pengetua pukul 9.30 malam untuk program hari Terbuka nanti”, balas Jamilah.
“ 6.30 petang tu dah dekat nak masuk solat Maghrib, dia orang ni tak fikir ke?”, marah Fatisya seketika.
“ Ah…tak kisahlah. Janji kau datang juga. Cepat turun nanti. Aku tak nak mereka bising”, kata Jamilah dan terus memutuskan talian telefon. Fatisya menghela nafas panjang. Dia membelek jam di tangannya. Sudah pukul 6.00 petang. Dia terus mencapai baju kurung yang tergantung di hujung katilnya dan disarungkan ke badan. 6.15 Fatisya terus turun menuju k bilik kegiatan. Hampir setengah jam Fatisya menunggu teman-temannya yang lain datang.
“ Sorry, lambat sikit. Ok, kita mulakan sekarang”, kata Salman selaku wakil kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan & Kerohanian.
“ Sebelum kita bermula, saya ada satu cadangan”, celah Fatisya dengan pantas.
“ Apa dia Fatisya? Silakan”, jawab Salman.
“ saya rasa sebaiknya kita solat Maghrib dulu. Lepas solat baru kita mulakan meeting kita. Sekarang pun dah hampir pukul 7 malam.
Eloknya kita sudah bersedia untuk menunaikan solat”, cadang Fatisya sambil memerhati ke arah semua teman-temannya.
“ Tak pe, kita mulakan dulu, lepas selesai meeting kita solat. Tak payahlah tergesa-gesa sangat. Belum pun masuk waktu”, marah Salman.
“ Kalau kamu semua nak teruskan meeting, teruskan. Saya nak solat dulu”, balas Fatisya tegas dan terus bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi.
Fatisya tidak mampu menahan kesabarannya. Dia menarik nafas panjang dengan jawapan Salman. Jawapan yang membuatkan dia begitu kecewa. Ya Allah…bukakanlah pintu hati mereka untuk mengenalMu ya Allah, untuk merasakan kepentingan kepadaMu lebih dari segalanya. Fatisya melangkah longlai menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Sekali sekala dia mengelap peluh yang meleleh di dahinya.
Hujung minggu kali aku bersama Julia ke Supermarket Giant untuk mencari pakaian baruku. Pelawaan Julia pada mulanya kutolak, namun akhirnya aku mengalah dengan pujukannya.
Dia sanggup meluangkan masa menemaniku membeli belah pakaian baru. Aku mengikut sahaja ke mana Julia pergi. Semua pilihan pakaian yang dipilih oleh Julia aku terima seadanya. Aku merasakan Julia lebih mengetahui citarasa dan pakaian yang sesuai untuk dipakai olehku nanti. Malah ada dua pasang baju yang telah dihadiahkan oleh Julia kepadaku. Aku terharu.
“ Kenapalah kau susah-susah berbelanja untuk aku ni Julia”, kata Fatisya.
“ Alah…berapa sangat harga baju tu. Aku rasa lebih puas hati kalau kau pakai baju yang aku hadiahkan tu nanti. Rasanya tak sabar nak tengok kau dengan penampilan baru”, balas Julia dengan bangganya. Fatisya sekadar tersenyum.
Hari ini Fatisya datang ke kuliah dengan penampilan barunya. Berjubah seluar dan bertudung ala wardina. Hampir separuh daripada teman-teman sekelasnya terkejut dengan penampilan Fatisya.
“ Wow…aku ingatkan bidadari mana yang turun dari langit tadi. Tak sangka kau secantik ini Tisya”, puji Hanis.
“ Tisya ke ni…Lawanya kau hari ni. Hah…aku tak sangka. Terpegun aku memandang dirimu Tisya”, usik Marlia. Fatisya tersenyum bangga. Dia tidak menyangka penampilan barunya mendapat perhatian ramai. Sekali sekala dia tersipu malu mendengar pujian-pujian mereka.
“ Tulah kau Tisya…Aku dah cakap pada kau. Kau tak percaya. Sekarang buktinya. Semua orang terpegun dengan penampilan baru kau. Tu baru budak perempuan tengok, belum lagi budak lelaki. Cayalah…aku pasti mereka tangkap leleh punya”, puji Julia.
“ Kau ni, janganlah cakap macam tu. Aku malu tau tak”, balas Fatisya.
“ Jom kita naik lajnah. Aku ada barang tertinggal pula. Cepatlah”, ajak Julia sambil menarik tangan Fatisya. Fatisya terus mengekori Julia dari belakang.
Fatisya terperanjat apabila sampai di lajnah. Semua mata memandang ke arahnya. Dia sudah tidak tentu arah. Dia tersipu-sipu malu.
“ Tisya…cantik sungguh kau hari ni. Hati aku berdebar-debar memandang wajahmu, mulutku kelu untuk berkata sesuatu.Sudikah kau menjadi suri hidupku”, usik Jefri. Fatisya tersenyum malu.
“ Apalah Jef ni. Puji-puji orang macam ni sekali. Malu tau”, balas Fatisya.
“ Betul apa aku kata. Tak salahkan kawan-kawan”, tanya Jefri kepada siswa-siswa yang lain. Semuanya mengangguk.
“ Kalau macam ni selalu, jangan katakan Jefri, akupun jatuh hati pada kau Tisya”, sampuk Adib.
Fatisya sudah tidak tentu arah dengan pujian-pujian itu. Mata Badrul pula tidak berkelip-kelip memandangnya. Fatisya tidak tentu arah. Dia berasa tidak selesa dengan pandangan tajam itu. Dia bangun dan terus keluar dari bilik lajnah.
“ Nak pergi mana pula? Tunggulah dulu. Kita sembang-sembang. Kau ni Tisya, kami belum puas lagi tengok muka kau, kau dah nak pergi”, kata Jefry lalu menghampiri Fatisya. Fatisya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Pandangan Badrul semakin lama semakin tajam. Fatisya terus berlalu dan menuju ke ruang tamu berhampiran pejabat. Jefry mengekorinya dan diikuti Adib. Julia hilang entah ke mana? Fatisya duduk di sofa di ruang tamu.
“ Tisya…malam ni apa kata kita keluar makan sama-sama”, ajak Jefry.
“ Kau keluarlah dengan aku, aku ada kereta. Kalau kau kelaur dengan Jefry setakat naik motor cabuk dia jelah”, celah Adib.
Fatisya tidak berkata apa-apa. Dia berasa gelisah dan pelik apabila memikirkan pandangan Badrul tadi. Pandangan yang cukup luar biasa. Dia bukan memandang Fatisya disebabkan pandangan yang tertarik, tapi memandang seolah-olah teguran untuk diri Fatisya.
“ Tisya…cepatlah beri jawapan. Kau nak keluar dengan siapa? Aku ke dengan Adib?” soal Jefry berkali-kali. Fatisya memandang ke arah mereka.
“ Aku nak balik. Dengan siapapun aku tak nak keluar”, balas Fatisya lalu bangun dari tempat duduknya dan terus turun menuruni anak tangga.
“ Adik…kat surau dah azan zohor ke belum?” tanya Fatisya dalam kegelisahan.
“ Dah lama dah azan akak. Sekarang ni dah pukul 2.30 petang?” balasnya dan membuatkan Fatisya tersentak seketika. Fatisya terus bergegas ke surau. Dia membasuh mukanya berkali-kali. Dengan langkah yang begitu lemah Fatisya mencapai telekung. Air matanya menitis tidak henti-henti.
“ Ya Allah…kenapa aku lalai terhadapMu ya Allah? Kenapa dengan perubahan yang hanya sedikit pada diriku membuatkan aku terlupa tugasku kepadaMu ya Allah. Ya Allah…awasilah aku selalu ya Allah agar aku tidak terus hanyut dengan kebanggaan dunia yang hanya bersifat sementara”. Fatisya terus menangis. Air matanya tidak mampu ditahan lagi. Dia baru tersedar dengan pengawasan Allah terhadapnya. Dia baru merasakan Allah sentiasa bersamanya, sering memandangnya. Tidak ada yang lain selain Allah. Fatisya tidak mahu lagi peristiwa itu berlaku dalam hidupnya. Biarlah sekali Cuma, yang pasti itu pengajaran terbaik daripada pengawasan dan kasih sayang Allah kepadaNya.
Ya Allah…aku bersyukur kepadaMu. Dan kini aku merasakan setiap gerak geriku sentiasa di dalam pengawasan dan kasih sayangMu. Pimpinlah aku ya Allah untuk terus berada di atas jalanMu dan yang paling pasti berikanlah syurgaMu kepada diriku. Jadikanlah hidupku ini dalam rahmatMu. Fatisya terus menangis dan menangis. Yang pasti tangisannya adalah tangisan penyesalan, yang sudah pasti tidak akan diulanginya lagi.
Friday, 13 November 2009
Pertemuan Doa
|
|
|
|
| Faizal terus melangkah menuju ke biliknya. Langkahnya Iemah dan longlai. Timbunan pakaian kotor, buku-buku yang bersepahan di atas meja, katil yang belum dikemas, sampah-sampah kecil yang bertaburan di lantai, semakin membuatnya risau dan lemas.
|
Wednesday, 4 November 2009
CintaMu Yang Lebih Utama
|
|
|
|
|
|