Benar bercinta itu menyakitkan andai terjadi perpisahan, namun redha dengan ketentuan dan fikirkan bahawa setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya...
Sekilas pandangannya dialihkan pada jendela kaca berhias ropol ungu muda itu. Tempiasan titik hujan di luar terlalu melekakannya. Dia melepaskan keluhan yang maha berat. Masya Allah! sekilas dia tersentak. Keluhan bagi seorang mukmin tidak elok untuk diamalkan, bukan melanggar sunnah tapi seolah-olah kita berputus asa dengan rahmat, itulah yang tersirat dalam keluhan.
“Adik, ummi bukan apa…kalau boleh sebelum ummi tutup mata, ummi nak tengok anak ummi yang sorang nie bahagia,. Adik, calon tue kami semua dah setuju. Ummi dan walid setuju dan yakin dia boleh membimbing Adik. Adik fikirlah…ummi dan walid tak nak memaksa tapi…” ahh…ummi yang sorang nie memang pakar membuat ayat tergantung. Dia tersenyum keseorangan.
Dulu, pinangan daripada Mak Usu Som, sepupu walid telah berjaya ditolak dengan lembut tapi berhikmah. Jenuh jugaklah dia mencipta alasan. Kempunan ummi dan walid hendak bermenantukan Ustaz Yasir lulusan UIA cabang Ilmu Wahyu itu. Maafkan Adik ummi, walid. Adik tak dapat menerima dia, sekaligus menghancurkan harapan kalian.
Matanya dialihkan kepada foto-foto kenangan. Tergambar senyuman bangga di wajah ummi dan walid sewaktu majlis konvokesyennya dua tahun yang lepas. Along, Angah dan alang tidak putus-putus mengibarkan tahniah di atas kejayaannya. Kini, dia berasa puas kerana berjaya menunaikan hasrat ummi, walid dan keluarga yang tersayang. Tapi, ahh… impian ummi dan walid nan satu ini terasa begitu berat untuk dia tunaikan. Bukan dia menolak perkahwinan, tidak… siapalah yang tidak ingin bahagia… namun ada sesuatu yang berbekas di hatinya, ada yang mengunjak nuraninya untuk melengah memenuhi hasrat murni impian ummi dan walid itu.
Tiba-tiba alarm clock berbunyi mengejutkan dia daripada kenangan silam. Masya Allah! hampir aku terlupa. Dia menoleh pada waktu. Hampir aku terlewat, pasti para pelajarnya sudah bersedia menunggu pengajarannya Prinsip Ekonominya di Dewan Kuliah Gugusan 2/3. Dia tersenyum. Bingkas mencapai nota-nota kuliah yang akan disampaikan. Erm..KIV dululah permintaan ummi…
Usai solat Insya’ bersendirian, tak terdaya rasanya badan dia untuk menunaikan secara berjemaah di surau. Hari ini terlalu menduga kekuatan mental dan fizikalnya, seorang siswi dikejarkan ke hospital kerana sakit untuk bersalin. Tergelak kecil dia, mujur dia sempat tadi kalau tidak pasti KBC 1209, satria miliknya akan tercatat sebagai tempat kelahiran bayi comel itu. Bagaimanakah agaknya bergelar ibu, pelajar, isteri sekaligus…? Terutama dalam usia yang semuda itu. Namun kagum dia tercurah pada siswi itu. Mampu dan bersemangat. Dia menadah tangan memohon moga siswi itu dilimpahi rahmat Ilahi dan menjadi ibu mithali, isteri solehah buat keluarganya…Kenangan lama menjengah sepi lagi… Biarpun pedih namun ia sedikit sebanyak menghiburkan gundah lara di hatinya.
“Abang nak balik Malaysia, insyaAllah tahun hadapan…Abang nak taqdim Intan…apa pendapat Intan?’’terpaku seketika dia tatkala mendengar kalimah itu. Walaupun ia kedengaran jelas namun dia seakan-akan terawang-awang.
“Nur Intan, sudikah menjadi isteri kepada Mohd. Zakuan?”…sekali lagi suara itu menerjah pancainderanya. Bermimpikah dia… Ahh… Tidak
“Intan rasa…eloklah Abang bincang dengan keluarga Abang dan juga keluarga Intan…” dalam kepayahan dia akhirnya bersuara jua.
Perkenalannya dengan adam itu sewaktu dia masih di Tingkatan Menengah Atas, Persahabatan selama 3 tahun sehinggalah tika dia menjejakkan kaki di tahun pertama di UUM, muslimin itu telah melanjutkan pengajian di bumi An’biya, Mesir.
“Adik, Along bukan melarang tapi… Adik masih terlalu muda untuk semua ini. Along takut Adik tak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan pelajar sekaligus… Along tak setuju. Walaupun Zakuan tu kawan baik Along tapi Along tak nak kalian tercicir hidup dunia akhirat. Lagipun, Zakuan di sana 3 tahun..macam-macam benda boleh terjadi..kita tak tahu dik, apa yang akan terjadi…jalan kehidupan nie penuh onak liku dik…”
Panjang khutbah Along sewaktu musyawarah mengenai lamaran Zakuan, Along selaku abang yang sulong telah menoktahkan jawapannya. Ummi dan walid pula bersetuju dengan pendapat Along. Akhirnya aku akur juga…setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.. Akhirnya Hakimi diam begitu sahaja..berputus asakah dia? Atau…entahlah… Kalau tidak mungkin sekarang aku sudah bergelar isteri paling tidak pun ibu kepada putera puteri amanah Nya..ahh, jauh benar angan-anganku ini. Benarlah, patah tumbuh hilang berganti…inilah agaknya yang ditakuti oleh Along..Cuma tidak terucap demi menjaga keharmonian hubungan aku dengan Zakuan.
Khabar yang kuterima daripada Zabidi, sepupuku di Mesir jua teman seperjuangan Zakuan, pada akhir tahun pengajian Zakuan di Ardul Kinanah, dia telah memilih seorang akhawat solehah kelahiran Terenganu sebagai permaisuri hatinya…tanpa sebarang ucapan perpisahan, inilah noktah kerinduan yang ku raih…Sedih? Usahlah ditanya. Kekasih dirindu semalam kini menjadi suami orang lain. Mimpi indah aku dengan dia akhirnya berkecai. Hampir dua bulan aku merangkak mengutip sisa-sisa kehidupan…
Rangkulan ummi banyak meleraikan kekecewaan dan tangisanku. Sukar untuk diterima, tapi itulah hakikatnya. Namun, kini Nur Intan sudah mampu untuk menerima hakikat itu. Terima kasih ummi, kaulah ratu di hatiku…
Petang itu, jubah berpetak-petak itu dipadankan dengan tudung krim labuh sintak ke punggung. Melangkah lemah dia menuju ke keretanya dari Raudhatul Ilmi Darul Syifa’ UUM. Hajat untuk bertanyakan tentang Festival Islam tidak kesampaian. Ustaz Yusof dan rafik-rafiknya sedang bermesyuarat.
“Assalamu'alaikum…”, dia tersentak dengan sapaan lembut itu serentak bibirnya menyambut salam itu. Aneh siapakah lelaki ini… namun hatinya berdebar-debar menatap wajah lembut pada pandangannya.
“Nur Intan kan?”,
“na’am..tapi siapa nie”, Pelik.
“Ana Syaiful Asyraf, masih ingatkah?”, Intan menggeleng. Pemuda itu tersenyum manis. “kawan baik Along enti dan Zakuan…senior paling nakal di Pondok Pakya”. Sekali lagi dia terkejut apabila nama Zakuan meniti di bibir muslimin itu. Tapi akhirnya dia tersenyum, barulah otaknya dapat menafsir. Subhanallah…dia melafaz tanda kesyukuran..Beberapa hari yang lalu Along ada menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan Syaiful Asyraf salah seorang teman baiknya semasa di Pondok Pakya. Besar sungguh rahmat Mu Ya Ilahi…
Pertemuan atas takdir dan rencana Ilahi menjadi penghubung sebuah persahabatan yang sekian lama sunyi dan sepi. Dua sahabat lama berjabat mesra, bertukar tangisan. Air mata kesyukuran menjadi alas doa Intan…Semoga persahabatan mereka itu akan harum mewangi seharum kasturi.
“Adik, tengok tue boleh dok tersenyum lagi..ingatkan Syaiful Asyraf ker?”..Ahh Along bab mengusik serah kat dia..
“Along, dia kan dah bertunang, tak baik tau ganggu tunang orang…”, aku berusaha menangkis hujah Along…memangla aku terpikat dengan Syaiful Asyraf itu tapi terlambat la pulak..Ya Allah, nakalnya aku…dia tersenyum lagi…pandangannya tertancap pada Kak Long yang sedang sarat memboyot, tak lama lagi akan bertambahlah penyeri keluarga Along, lelaki lulusan Jordan itu.
“Ummi, tengoklah anak dara nie, terima aje lah pinangan tue, lagi cepat Adik dapat peneman lagi bagus..boleh diajak bersenyum..”, tak puas-puas lagi Along mengenakan dia. Ummi di hujung sana hanya tersenyum.
Seboleh-bolehnya dia ingin melihat hanya senyuman sahaja yang menghiasi hidup adiknya Nur Intan, pengalaman lalu tanpa senda gurau dan senyuman Nur Intan cukup meresahkannya.. kebetulan tika itu dia bercuti semester pengajiannya…biarlah kisah sedih itu berlalu..pergilah derita..biarlah bahagia menjengah pula.
Hampir sebulan, istikharah menjadi penentu petunjuk atas permintaan ummi dan walid mengenai lamaran itu. Hanya bayang-bayang yang tidak jelas, tapi seakan dikenali. Malam ni, malam jumaat, selesai tahadjud, hajat dan istikharah diat jadikan witir amalan penutup ibadat sunatnya..dia menadah tangan memohon petunjuk Ilahi..menyelak qalamNya, hatinya menjadi tenang.
“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seorang yang hatinya terpaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku telah jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui KekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Ya Ilahi, kupohon petunjuk dan inayahMu…kurniakan daku mukhlis pilihanMu yang mampu memimpin sinar kasihku dalam mendamba anugerah rahmatMu,amin.”
“Ummi, Adik terima lamaran itu”. Akhirnya aku membuat keputusan. Malam terakhir istikharahnya dia bermimpi ummi,walid dan along tersenyum padanya dan disebelahnya seorang lelaki berjubah putih. Wajahnya bersih, manis senyumannya. Cuma apabila dia terjaga dia tidak mengingati wajah itu. Ahh, biarlah yang penting dia menerima jodoh itu sekaligus ia mampu mengembirakan ummi. Ummi tersenyum kegirangan, puas sudah ummi memeluk mencium aku, basah sudah tudung ku dengan air mata kesyukuran ummi.
Dari kejauhan, sambil memangku anak kecil yang comel, ada mata yang juga menumpahkan air mata rahsia dan menadah tangan semoga pengantin dirahmati. Intan, jadilah srikandi penyejuk di mata penawar di hati..Abang doakan kebahagiaanmu…amin…
“Syaiful Asyraf bin Abdullah, aku nikahkan dengan Nur Intan binti Md. Yusof dengan mas kawin RM 120 tunai! Sah!”,
Thursday, 20 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment